BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 17 February 2013

Kotak Rokok Pall Mall 10 Batang


Beberapa tahun yang lepas kebanyakan
syarikat rokok mengeluarkan pek rokok dengan
isian 10 batang rokok.


Khabarnya pek 10 batang rokok ini dikeluarkan
bagi menggantikan pek 7 batang rokok yang
diberhentikan pengeluarannya.

Tidak lama kemudian pek 10 batang rokok
ini juga diberhentikan pengeluarannya
tanpa sebab yang jelas.


Kotak rokok 10 batang rokok berjenama Pall Mall ini
masih dalam kondisi yang amat baik.

Mungkin pernah menjadi kenangan
bagi perokok tegar apabila terlihat kotak kecil ini.


Terdapat dua variasi iaitu Pall Mall Light ( Biru )
dan Pall Mall Filter ( Merah ).

Jika berminat sila tinggalkan komen 
atau
hubungi saya ditalian 017-6959172

Thursday, 7 February 2013

Sepasang Gelas Kuda Merah Terbang



Rasanya Syarikat Mobil tidak lagi menggunakan 
logo kuda merah terbang ini lagi.


Kondisi kedua-dua gelas ini berkondisi baik 
dan logonya juga
masih jelas kelihatan.


Gelas setinggi 6 cm dan kualiti kacanya agak tebal


Dijual pada harga RM 25 sepasang
termasuk kos penghantaran.



Jika berminat sila hubungi
017-6959172

Friday, 1 February 2013

Keluaran Khas Utusan Melayu 1971 : Kemajuan Malaysia

Sebuah buku lama keluaran tahun 1971

Buku lama ini ditemui sewaktu proses pelupusan buku-buku lama di sebuah perpustakaan sekolah. Diterbitkan oleh syarikat Utusan Melayu ( Malaysia ) SDN BHD pada tahun 1971 sebagai sebuah keluaran khas. Ini bermakna buku ini sudah berusia 42 tahun.

Sewaktu buku ini diterbitkan, Ketua Pengarang Kumpulan
Akhbar Utusan ialah Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah

Ringkasannya, buku ini menceritakan perihal kemajuan yang dicapai oleh setiap negeri yang bernaung dalam persekutuan Malaysia pada masa detik-detik awal pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Umum mengetahui, semasa pentadbiran beliaulah, Malaysia mula mengorak langkah sebagai sebuah negara yang membangun dan rakyat mula merasaai impak kemajuan menerusi perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Surat perutusan khas daripada YAB Perdana Menteri Malaysia
ketika itu Tun Abdul Razak

Laporan kemajuan negeri Kelantan 

Laporan kemajuan negeri Terengganu

Ilustrasi anggran perbelanjaan mengurus
negeri Perak dari tahun 1961hingga tahun 1970

Antara helaian bewarna

Uniknya berkenaan buku ini ialah terdapatnya poster-poster bewarna dan hitam putih yang dihasilkan dengan  tangan. Jika dilihat sepintas lalu jelas terdapat pengaruh seni pop 60an yang kuat dalam penghasilan poster-poster di dalam buku ini.

Salah satu poster di dalam buku ini.

Paling menarik didalam buku ini ialah kumpulan iklan-iklan lama yang begitu klasik dan unik. Saya yakin iklan-iklan lama ini pasti punya nilai nostalgia yang tinggi bagi peminatnya. 

Iklan poster Bank Bumiputra Malaysia Berhad
( kualiti agak teruk )

Iklan poster UMW

Iklan poster Sistem Penerbangan Malaysia ( MAS )

Iklan Volvo Malaysia Berhad

Hahaha ... jika anda peminat vespa !

Pelik la syarikat BATA ni macam mana 
boleh tersilap ejaan nama negara !

Globe Silk Store sudah wujud pada masa ini

Peminat-peminat botol lama pasti kenal dengan jenisan
air minuman yang sudah pupus ini

Banyak juga gambar-gambar lama menghiasi buku ini. Gambar-gambar lama ini secara tidak langsung membawa kita pembaca untuk lebih merasai betapa sukarnya kehidupan ibu, bapa, datuk dan nenek kita dahulu dalam membangunkan negara ini.

Klasik !

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tun Abdul Razak
Putera Nusa Tercinta !

Logo-logo lama syarikat multinasional juga turut disertakan


Jika berminat sila hubungi saya di talian
017-6959172

RM 120.00
Termasuk kos penghantaran

Sunday, 27 January 2013

GELAS LUCOZADE


Antara minuman kecergasan yang agak popular suatu ketika dahulu.
Dahulu ada juga iklannya keluar di kaca televisyen namun kini tidak pula tersua iklan tentangnya.


Tidak tahulah jika ada yang berminat dengan gelas promosi Lucozade ini.
Kondisinya masih baik dan berkualiti.


Hanya sebuah dalam koleksi simpanan saya.
Jika berminat hubungi saya di talian 017-6959172.
RM 20
Termasuk kos penghantaran.


Mungkin boleh menjadi satu koleksi yang istimewa.

Monday, 21 May 2012

Catatan Buku Lama 1 : Pendidikan Ke Arah Perpaduan Sebuah Perspektif Sejarah


Judul buku : Pendidikan Kearah Perpaduan
Pengarang : Diselenggarakan oleh Tan Sri Awang Had Saleh
Penerbit : Penerbit Fajar Bakti SDN BHD
Tahun Terbitan : 1980

Secara ringkasnya buku ini sebenarnya sangat hebat kerana ia memuatkan rencana-rencana yang dikarang oleh pakar pendidikan negara. Buku ini disunting dan diselenggarakan oleh tokoh akademik yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Tan Sri Awang Had Salleh. 

Persoalan utama yang terkandung didalam buku ini ialah betapa peri pentingnya pendidikan sebagai ejen kepada perpaduan. Penulis - penulis yang menulis didalam buku ini cuba memberi satu pandangan awal ( pada masa itu ) tentang sejauh manakah sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita mampu untuk memberikan hasil yang terbaik di masa hadapan.

Terdapat juga kupasan yang menarik tentang sejauh manakah sistem pendidikan lampau berjaya mempengaruhi kejayaan sistem yang ada pada masa itu ( sewaktu buku ini diterbitkan ). Sejujurnya kita mungkin boleh menemui sama ada benar atau tidak ramalan-ramalan yang dijangkakan oleh pakar-pakar akademik di dalam buku bewarna hijau tua ini.

Sesuatu yang menarik tentang buku ini ialah tentang satu makalah yang dikarang oleh pensyarah yang sangat saya sanjungi ketika menyambung pelajaran di UPSI dahulu iaitu Profesor Emeritus Dato' Dr Isahak Bin Haron. Judulnya juga menarik perhatian saya iaitu tentang perkembangan Bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan dalam tahun 1957 sehingga 1970.


Buku ini sangat berguna bagi bakal-bakal guru dan juga para pengkaji sejarah pendidikan negara kita. Walaupun usianya sudah menjangkau 32 tahun namun saya yakin isi kandungannya masih relevan dengan situasi zaman yang serba mencabar ini. 


Harga Termasuk Bayaran Pos : RM 15.00

Wednesday, 16 May 2012

Kutub Khanah Usang

Buku-buku lama koleksi Hafez J.Malim

Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi singgah ke blog Kutub Khanah Usang ini. Saya mempunyai sejumlah koleksi buku-buku lama yang mungkin menjadi carian penting bagi sesetengah individu bagi tujuan rujukan atau sebagainya. 

Kebanyakan buku-buku dalam koleksi saya didapati menerusi pembelian, carian, pemberian dari individu-individu tertentu malahan ada yang saya kutip dari tempat pelupusan sampah. Walaupun ada buku-buku dalam simpanan saya ini agak uzur namun saya menginsafi, ia mungkin mempunyai nilai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi pada pencintanya.

Saya akan mengulas buku-buku berkenaan dengan sejujurnya diri saya tanpa ada rasa prejudis. Sekiranya anda berminat dengan buku-buku koleksi saya, anda boleh menghubungi diri saya dan insyaAllah harganya boleh kita rundingkan. Apalah sangat pada harga jika ilmu yang dicari boleh kita kongsikan bersama-sama. InsyaAllah.